Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? tidak mengembirakan?zahirnya, orang mungkin nmpk seseorng yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila bersendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap x akan berada dalam kesunyian kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi, terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk memperbaiki perhubugan dengan sang pencipta. Terapi untuk memperbaiki hubungan sesama manusia. Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang, kerana dengan bersendiri, seseorang mampu berfikir dengan nasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut2 dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui.
Sesungguhnya terapi itu indah, terlalu indah bagi mereka yang benar2 memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'HILANG'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali kejalanNya. Bukan untuk menghukum kasih sygNya kepada hamba2Nya. Jadi, janganla bersedih apabila bersendiri. Bersangka baikla dengan Allah.
Percayalah, setiap keadaan/peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikirkan oleh kita manusia biasa) Ingat Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
*dulu cik myza pernah sedeyh sgt2 gara2 cik myza 'sendiri' tapi lama2..cik myza baru paham ape itu sendiri..and cik myza rase tenang..segala yg dipendam cik myza luahkan pada Alllah*Alhamdulillh cik myza sedar sblom terlambat..

No comments:
Post a Comment