Simpan duit nak kawen pulak..

Thursday, February 28, 2013

Sabarlah Cinta

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisan ku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.

Kini ku merasai Cinta & Kasih Sayang Allah lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. "Kehilangan" itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu "Pertemuan" yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah keran Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.

Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana aku yakin yang 'dia' sedang menunggu ku dan pasti menjemputku suatu hari nanti. Walau bukan di dunia fana ini, insyaallah dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa, Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

Cinta yang ada dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT, Allah menguji hambaNYA. Allah mahu cinta yang di anugerahkan ini dijaga dan di kawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya. Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami, memang betul kesabaran mengajar erti hidup.


No comments:

Post a Comment