Simpan duit nak kawen pulak..

Monday, April 15, 2013

Cintakah Aku..?

Aku jadi lebih senang menulis..walau entah apa yang ku tulis, namun yang pasti semua yang ku tulis itu untukmu meski tidak ada satu pun yang dapat ku kirimkan untukmu saat ini, namun aku percaya suatu hari nanti akan jua kau mengetahui dan membacanya.

Aku dilahirkan sebagai seorang perempuan, jantina yang mudah keliru,mudah tertipu dan terpedaya. Tapi hati lembut, tatasusila dan halus budi bicara, aku yang dilahirkan untuk berada disisi lelaki, untuk dibimbing dan dibentuk.

Cintakah aku?
Tiada kata-kata yang mampu diucapkan kerana semuanya terkurung di dada.
Cuma yang pasti ada rasa takut kehilangannya. Ada rasa menanti apabila dia pergi. Ada rasa bimbang apabila tidak menghubungi. Ada rasa sabar dengan karenah dia yang menggeramkan.

Apabila dekat, ada rasa tenang. Apabila bersama, ada rasa syukur dengan nikmat Allah. Apabila bersenda ada rasa ceria. Apabila mata menyabung pandang, ada rasa debar. Apabila kulit bersentuhan ada rasa denyutan lembut menyapa hati..Ada Pelabagai Rasa!

Orang kata..
Dalam proses mengenali seseorang tidak perlulah terlalu lama. Tidak perlulah berharap..kerana andai dia BUKAN TERCIPTA untukmu, PASTI & PASTI diri akan kecewa juga.
Jadi bersederhanalah dalam apa jua keadaan sekalipun soal jodoh, kerana itu semua telah tercatat sudah di Luh Mahfuz..Jodoh itu Rahsia Allah...<3



#Sorri Cik Myza feeling2 pulak kat blog nih..hii

No comments:

Post a Comment