Simpan duit nak kawen pulak..

Friday, March 29, 2013

Ceritera Chinta again..ahakss

Satu!
ape yang satu?perseorangan?keseorangan..sorang2?pening-pening..ahaha..tu mukadimah je tu..lek2..apa yang cik myza nak cite kat sini adalah...apa yang datang dari hati cik myza yang paling dalam..nun..jaohh dalam tu ha..=)cik myza suke quotes..tapi nak bermadah indah depan mata ni bukan cik myza laa..hiii belakang berani.

Bersyukurlah kerana hidup berseorangan merupakan persediaan di kala masih lapang, hidup bujang adalah ujian.
Justeru, perbaikilah diri mantapkan iman, jangan kau jadi pemuda-pemudi kasihan,
Jodoh dengan pasangan impian belum tentu datang,
Tapi jodoh dengan kematian, kubur, akhirat & Tuhan itu pasti 'kan datang walau tidak diundang!'
Tak kira kau setuju atau enggan. Itu janji Allah.

Single itu Indah. Single adalah perjuangan antara nafsu & iman.

Cinta bukan milik kita, setiap perpisahan tidak sia-sia.

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini DIA tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa DIA campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok..bak kata "Saiyidina Omar" waspadalah..jangan terpijak atau memijak onak & duri. Sabarlah hingga kau temukan permata.






No comments:

Post a Comment